Pages

Home » , » Kanak-kanak Perempuan 10 tahun tidak jadi dirogol - Alquran penyelamat beliau.

Kanak-kanak Perempuan 10 tahun tidak jadi dirogol - Alquran penyelamat beliau.

Jun 23, 2011 Ditulis Oleh Ciklinn
2011/06/22
JEDDAH: Seorang mangsa perogol bersiri berkata beliau membaca ayat al-Quran untuk menghentikan penyerang mencabulnya, lapor akhbar al-Madinah kelmarin.

Akhbar Arabnews melaporkan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu memberitahu akhbar itu yang beliau berjaya melindungi dirinya daripada serangan perogol itu dengan membaca lima surah kitab suci itu yang dipelajarinya secara bersungguh-sungguh. “Setiap kali beliau menghampiri, saya mula membaca al-Quran dan penjahat itu melepaskan saya,” katanya.

Kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai MMS memberitahu perogol itu meminta beliau berhenti membaca al-Quran tetapi apabila beliau enggan mengikut arahannya, perogol itu memukul mukanya.

“Kerana bacaan ayat suci itu beliau enggan menyentuh saya,” katanya.

Mangsa diculik semasa menghadiri majlis perkahwinan dan dilarikan ke rumah perogol. Lelaki itu menolak mangsa ke dalam rumah dan mengunci pintu.
“Perogol itu kemudian menyerang saya tetapi saya mula membaca ayat al-Quran,” katanya.

Mangsa kemudian ditinggalkan di klinik berdekatan di daerah Al-Muntazahat. – Agensi





Terima kasih baca entry dan Jangan lupa komen sekali

  1. sgt hebat ayat suci Allah s.w.t!

    [Reply to comment]
  2. Alhamdullilah .. selamat budak tu!
    kehebatan Al Quran


    HazamA Meh baca !! ;)

    [Reply to comment]
  3. ayat2 suci Allah maha kuasa...

    [Reply to comment]
  4. hebatnya ayat suci Al-Quran dan hebatnya kanak2 perempuan tu

    [Reply to comment]
  5. betapa hebatnya ayat suci Al-quran.
    syukur alhamdullillah, kanak2 tu tak jadi mangsa manusia jahat

    [Reply to comment]
  6. alhamdulillah selamat dak tu....itulah betapa hebat nya ayat2 AlQuran ni kan..

    [Reply to comment]
  7. @adarnadzmie alhamdulillah budak tu takde apa2 kan...

    [Reply to comment]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...