Pages

Home » , » Subhanallah - SiButa Yg Kuat NApsu, Rogol anak sendiri

Subhanallah - SiButa Yg Kuat NApsu, Rogol anak sendiri

Jul 6, 2011 Ditulis Oleh Ciklinn
KUALA LUMPUR: “Saya minta maaf,” demikian penjelasan ringkas seorang lelaki buta yang meraung kuat dan menghentak kepalanya berkali-kali di kandang tertuduh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Lelaki berusia 47 tahun itu berkelakuan sedemikian selepas dia mengaku bersalah melakukan sumbang mahram dengan anak kandung perempuannya berusia 18 tahun sehingga menyebabkan mangsa mengandung tujuh bulan, empat tahun lalu.


Kelakuan lelaki yang beristeri dua dan mempunyai lapan anak berusia antara 22 tahun dan enam bulan itu yang menangis teresak-esak dan kuat menyebabkan prosiding ditangguhkan pada sebelah petang bagi memberi ruang kepada tertuduh bertenang.

Selepas prosiding disambung semula, tertuduh masih menangis teresak-esak dan memaksa Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid memintanya bertenang.


Emelia kemudian menjatuhkan hukuman 10 sebatan dan penjara 18 tahun bermula dari tarikh dia ditangkap pada 30 Jun lalu.


Mengikut kertas pertuduhan, lelaki yang bekerja sebagai tukang urut itu melakukan perbuatan keji terbabit di rumah mereka di flat di Jalan Dang Wangi, di sini, antara 2007 hingga kejadian terbaru pada 24 Jun lalu. Berdasarkan fakta kes, tertuduh didakwa pernah merogol anak perempuan sulungnya itu sejak 2007 di rumah sama, namun mangsa tidak ingat kejadian. Namun, anaknya mendakwa bapanya melakukan perbuatan sama tiga kali pada tahun ini, termasuk terbaru pada 24 Jun lalu. Mangsa yang juga pelajar sebuah kolej swasta itu tidak sampai hati memberitahu ibunya tentang hal berkenaan, namun rahsia hitam itu bocor selepas mangsa mahu menangguhkan pengajian. Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam itu merayu agar hukuman ringan dikenakan atas alasan faktor umur dan mempunyai penyakit darah tinggi serta buasir selain perlu menanggung dua isteri dan lapan anaknya. “Saya mengaku itu adalah kesalahan besar dan saya memohon maaf kepada isteri, keluarga dan anak atas perbuatan saya ini kerana saya tidak tahu ia menyalahi undang-undang,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, S Malini Anne memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal kepada tertuduh kerana perbuatan dilakukannya sangat serius.


“Selain itu perbuatan berkenaan juga hina dan keji di sisi agama dan undang-undang kerana tergamak melakukan hubungan seksual dengan anak sendiri.


Sumber METRO


"Bila nafsu mengatasi segala2nya..... banyak2lah kita beristhigfar dan berdoa..agar semua ini dijauhkan dari kita semua"
Terima kasih baca entry dan Jangan lupa komen sekali

  1. A.I

    tak padan dgn buta! giler seks...isk

    [Reply to comment]
  2. el

    agama ape dia

    “Saya mengaku itu adalah kesalahan besar dan saya memohon maaf kepada isteri, keluarga dan anak atas perbuatan saya ini kerana saya tidak tahu ia menyalahi undang-undang,” katanya.

    kalo dia islam mmg bongok sesgt le xde akai...woooiii ni bkn undang2..dlm mn2 agama pun xboleh lg2 kalo dia islam should tau lah bodohhhhhhhhh

    [Reply to comment]
  3. Macam mana anak dia tak boleh mengelak, sedangkan bapanya bukan nampak? :(

    [Reply to comment]
  4. mmg xder didikan agama ke apa...nauzubillah...

    [Reply to comment]
  5. tu lah pelik dik .. tadi pagi dgr berita .. akak terjerit kejap dlm keter .. sbb x percaya yg rogol tuu si BUTA ! huhuhuhuh dunia2 .. manusiaaaaaaaaaaaaaa2

    [Reply to comment]
  6. dah ler buta..kuat nafsu..bini dah dua..anak sendiri lagi nak dirogol.

    [Reply to comment]
  7. whatt..? boleh komen TAK TAHU MENYALAHI UNDANG-UNDANG..? ALASAN paling bodohh! bini dah 2 pun tak cukup2 lagi.. grrrrrrrrrrrrr!

    [Reply to comment]
  8. mmg kurang ajar, dh la buta ada bini dua, keje lak tukang urut pastu rogol anak lg... mmg haram jadah...
    bodos betul... dh kene hukum baru nk meraung2... ceh lakonan sume tuh

    nsb la kene sebat tu padan lah tu...

    [Reply to comment]
  9. Anonymous

    terima kasih kerana telah menambah beban tekanan kepada kami sekeluarga dgn terutama saya anak yang dirogol dan kini sarat mengandung menanggung beban malu dgn penyiaran berita ini, orang lain hanya mampu menghina dan memburukkan keadaan, betul ckp hamba allah itu, lebih ramai menambah beban daripada menghulurkan kata semangat. ramai orang hanya tahu mengata dan ada yg berkata pelik bagaimana ayah yg BUTA boleh merogol anak yg celik! untuk pengetahuan semua ayah saya kategori org cacat penglihatan tapi dia boleh dikatakan separa nampak, ayah saya bkn buta bertongkat dia boleh berjalan seperti org biasa dan melihat wajah2 isteri dan anak2 dia. org2 tak tahu apa yg sy rasa hanya tahu melemparkan kata-kata. hidup kami kini terumbang-ambing dek kerana penyebaran kes ini akhbar2. saya rasa teramat malu, org sekeliling tahu mengumpat tanpa mahu membantu. paling kesian mak sy kene menanggung perbelanjaan besar, isteri kedua ayah sy tidak bekerja dan kami bknnya org kaya raya. sy disini bkn utk meminta simpati sesiapa tapi menegakkan kebenaran agar tiada blogger atau forum2 yg sesuka hati mencaci maki dan hanya tahu bercakap tanpa memikirkan perasaan ahli keluarga sy, itu tidak termasuk masyarakat sekeliling. ini hanya luahan hati sy.

    [Reply to comment]
  10. Anonymous

    yaaa.. saya memang kenal org yang saya anggap seperti abang. saya seolah tak percaya bila dengar kes ini.. lagi2 dia sepertinya warak.dia merupakan AJK sebuah surau. saya juga OKU sepertinya, separa nampak.. selalu berjumpa.. tapi saya mmg tak sangka.. nauzubillah...

    [Reply to comment]
  11. Buta tak buta. Undang2 tetap undang. Allah maha adil. Ini hukum dunia belum lg akhirat. Kecacatan bukan lesen utk kita lakukan atau mnghalalkn apa saja.syabas dan Tahniah kerana telah memalukan kelompok OKU tu sendiri. Kepada mangsa rogol harap dekatkn diri kpd Allah dan mulakn hidup baru dgn semagat n iltizam. Semoga Allah memberikn hidayah n rezeki yg baik utk anda sekeluarga.

    [Reply to comment]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...